v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Tempoh Berkabung Mencerminkan Penghormatan Kerajaan China kepada Nyawa

2008-05-20 15:50:10 CRI

Pada pukul 2:28 petang semalam, iaitu waktu yang sama Sichuan dilanda bencana gempa bumi tujuh hari yang lalu, siren kereta, kereta api, kapal dan amaran serangan udara dibunyikan di seluruh China, dan pemimpin China Hu Jintao, Wu Bangguo, Wenjiabao bersama-sama dengan rakyat seluruh negara bertafakur selama tiga minit untuk mangsa yang terkorban dalam bencana tersebut. Dewan Negara China mengumumkan 19 hingga 21 Mei sebagai tempoh berkabung seluruh negara untuk menyatakan rasa dukacita rakyat kepada mangsa korban dalam bencana gempa Sichuan China. Ini merupakan pertama kali diisytiharkan tempoh berkabung untuk mangsa dalam bencana alam dalam sejarah China. Tindakan ini mencerminkan penghormatan kerajaan kepada nyawa dan konsep pemerintahan kerajaan yang mengutamakan kepentingan rakyat.

Dalam tempoh berkabung ini, pelbagai institusi di dalam dan luar negara China mengibarkan bendera separuh tiang, manakala Kementerian Luar dan Kedutaan Besar China ke luar negara mengadakan upacara menerima ucapan takziah, semua aktiviti hiburan dibatalkan, dan larian obor Sukan Olimpik juga dihentikan sementara waktu.

Keputusan tentang mengibarkan bendera separuh tiang dibuat berdasarkan Undang-undang Bendera Kebangsaan Republik Rakyat China yang diluluskan pada tahun 1990. Ceraian ke-2 fasal ke-14 undang-undang itu menetapkan "ketika berlaku kemalangan atau bencana alam yang serius, bendera boleh dikibarkan separuh tiang untuk menyampaikan rasa dukacita."

Mengibarkan bendera separuh tiang untuk menyampaikan rasa dukacita terhadap mangsa korban dalam bencana gempa di Sichuan mencerminkan konsep pemerintahan kerajaan yang mengutamakan kepentingan rakyat.

Sebenarnya, konsep menghormati nyawa dan mengutamakan kepentingan rakyat ditunjukkan dalam seluruh proses penyelamatan kali ini. Presiden China, Hu Jintao pernah berkata: "Kamu dilanda bencana dan kehilangan kaum kerabat, kami juga berasa amat sedih. Kerajaan telah mengejarkan 100 ribu pasukan tentera dan polis untuk melaksanakan pencarian dan penyelamatan di setiap kampung dan setiap mukim. Sekiranya ada sedikit harapan, kita akan berusaha dengan sedaya upaya."

Demikian dinyatakan oleh Presiden China, Hu Jintao ketika meninjau kawasan bencana pada 18 Mei lalu. "Sekiranya ada sedikit harapan, kita akan berusaha dengan sedaya upaya", ini merupakan kenyataan yang paling banyak terdengar dalam proses penyelamatan di kawasan bencana kali ini. Selepas Sichuan dilanda bencana gempa bumi, kerajaan teurs menjadikan penyelamatan nyawa sebagai tugas paling utama dan ini merupakan penghormatan tertinggi kepada nyawa.

Ketika penyelamat membersihkan debu di atas badan seorang mangsa korban, ketika guru meletakkan beg buku di tepi mayat seorang murid dan ketika lebih ramai sukarelawan memberikan bantuan psikologi kepada orang yang terselamat dalam bencana ini, kita dapat merasakan penghormatan kepada nyawa.

Hak untuk hidup merupakan hak asasi manusia yang asas. Penghormatan dan pemeliharaan nyawa merupakan penghormatan dan pemeliharaan kepada hak asasi manusia. "Mengutamakan kepentingan rakyat" merupakan konsep pemerintahan kerajaan China. Sidang ke-2 Kongres Rakyat Kebangsaan China ke-10 meluluskan Pindaan Perlembagaan Republik Rakyat China pada 14 Mac 2004, dan memaktubkan "penghormatan dan jaminan negara terhadap hak asasi manusia" dalam perlembagaan. Selepas itu, "penghormatan dan jaminan negara terhadap hak asasi manusia" menjadi ceraian ke-3 fasal ke-33 bab ke-2 tentang "hak dan kewajipan asas warganegara China". Pindaan ini juga menandakan China mencapai kemajuan dalam bidang pemeliharaan hak asasi manusia.

Perdana Menteri China, Wen Jiabao mempengerusikan Sidang Markas Operasi Menyelamatkan Gempa Bumi Dewan Negara China pada petang 17 Mei lalu. Beliau sekali lagi menegaskan bahawa usaha menyelamat perlu mengutamakan kepentingan rakyat dan menjadikan pemeliharaan keselamatan nyawa rakyat sebagai matlamat utama. Tindakan yang diambil oleh kerajaan selepas Sichuan dilanda bencana gempa bumi bukan sahaja menjelaskan pemahaman pentadbiran China terhadap hak asasi manusia, tetapi juga mencerminkan penghormatan kita kepada nyawa.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |