v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pasukan Penyelamat Singapura Menjalankan Tugasnya di Sichuan

2008-05-20 16:07:39 CRI

Pada pukul 2.28 petang semalam, 55 orang anggota pasukan penyelamat antarabangsa Singapura sedang menyampaikan rasa dukacita terhadap mangsa korban dalam gempa bumi di pekan Hongbai, bandar Shifang yang dilanda bencana gempa bumi yang sangat teruk.

Pasukan tersebut merupakan satu daripada beberapa pasukan penyelamat yang diiktiraf oleh Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa (UN ISARAG) di Asia. Pasukan penyelamat tersebut yang membawa sebuah lori besar dan dua buah jip serta beberapa ekor anjing pengesan tiba di pekan tersebut pada subuh 17 Mei lalu. Pekan itu terletak dalam kawasan pergunungan dan mempunyai beberapa perusahaan dan lombong. Ketua pasukan itu, Francis Ng berkata: "Kami segera menjalankan operasi menyelamat ketika tiba di pekan Hongbai 3 hari yang lalu. Kawasan ini dilanda bencana yang teruk, dan kira-kira 80% bangunan sudah musnah. Setakat ini, kami telah menemui 5 mayat mangsa, namun, kami tidak menemui seorang pun mangsa yang terselamat."

Walaupun kemungkinan untuk menemui mangsa yang terselamat semakin tipis, tetapi pasukan itu masih gigih menjalankan tugasnya. Francis Ng menyatakan bahawa mereka telah membantu ahli keluarga mangsa untuk mengebumikan 4 mayat yang ditemui oleh mereka. Katanya,

"Kami berharap dapat menemui mangsa yang terselamat. Selain itu kami juga berusaha mencari mayat mangsa untuk keluarga mereka."

Pasukan penyelamat Singapura dan pasukan penyelamat tentera China telah bekerjasama dengan erat dalam operasi tersebut. Anggota pasukan itu berpendapat bahawa tentera China amat berani, dan operasi mereka amat cepat dan berkesan. Kata Francis Ng, "Kerjasama antara kami dengan tentera China amat memuaskan. Pasukan kami dan pasukan penyelamat tentera China telah bersama-sama menemui satu mayat."

Pasukan penyelamat antarabangsa Singapura juga menjalankan kerjasama yang berkesan dengan kerajaan tempatan, pusat penyelamat dan bantuan bencana pekan Hongbai serta pasukan penyelamat tempatan. Anggota pasukan penyelamat Singapura telah menunjukkan semangat dedikasi yang tinggi yang mulia. Anggoa Pasukan Penyelamat Antarabangsa China, Yang Xinhong yang mengikut pasukan penyelamat Singapura dalam operasi menyelamat itu berkata: "Pasukan penyelamat antarabangsa Singapura amat profesional. Pada bulan Januari lalu, mereka telah disahkan oleh PBB dan berkelayakan untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat di bandar yang dilanda bencana teruk. Mereka bekerja bertungkus-lumus dan penuh dedikasi."

Pasukan penyelamat antarabangsa Singapura telah beberapa kali menjalankan operasi mencari dan menyelamat dalam bencana yang teruk. Encik Francis Ng berkata: "Pasukan kami telah menjalankan misi di beberapa buah negara dan kawasan termasuk Indonesia, Taiwan, Pakistan, Thailand dan Filipina. Ketika Indonesia dilanda gempa bumi dan tsunami, kami turut menjalankan operasi di negara itu, diikuti pula tsunami di Thailand dan banjir batu dan lumpur di Filipina."

Sekarang, pasukan penyelamat Singapura masih gigih menjalankan misinya. Diberitakan bahawa pasukan perubatan beberapa buah negara akan pergi ke kawasan-kawasan yang dilanda bencana gempa bumi untuk membantu mangsa yang terselamat.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |