Jiang Min, seorang anggota polis wanita etnik Qiang yang tinggal di bandar Pengzhou provinsi Sichuan China. Ibu bapa dan anak perempuannya yang berumur dua tahun terkorban dalam bencana gempa bumi yang teruk ini. Kesedihan bertukar menjadi kekuatan, lalu beliau mengambil bahagian dalam usaha menyelamat sekarang ini. Kata beliau, rumah saya runtuh sesudah berlakunya gempa bumi yang teruk. Anak perempuan dan tiga orang anggota keluarga saya ketika itu sedang tidur di dalam rumah. Sekarang rumah dan keluarga saya tiada lagi.
Seramai lebih 1400 orang mangsa ditempatkan di sekolah menengah Tianpeng di bandar Pengzhou. Jiang Min dan rakannya telah membina kemah yang disediakan untuk mereka. Beliau berkata bahawa saya sebagai seorang ibu, saya amat rindu dan teringat anak perempuan saya ketika melihat anak perempuan yang sebaya dengan anak perempuan saya.
Jiang Min melaksanakan usaha menyelamat yang berlarutan selama 5 hari setakat 18 Mei yang lalu. Sesudah berlakunya gempa bumi teruk, dia segera menyertai usaha menyelamat, sepanjang hari dia tidak dapat berhubung dengan anggota keluarganya. Pada hari kedua sesudah berlakunya gempa bumi, Jiang Min mendapat tahu bahawa anggota keluarganya telah terkorban, tetapi, beliau melawan perasaan kesedihan dan meneruskan usaha menyelamat. Akhirnya beliau pengsan dan terjatuh ke bumi. Beliau berkata bahawa beliau akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan lebih banyak bantuan kepada mangsa.
Kebanyakan anggota polis wanita bertindak sama seperti dengan Jiang Min. Jiang Xiaojuan, seorang lagi anggota polis wanita dari bandar Jiangyou provinsi Sichuan China. Anaknya yang hanya berumur 6 bulan ditinggalkan bersama ibu bapanya, tetapi beliau sebagai ibu sedang memelihara kanak-kanak mangsa yang terselamat dalam gempa bumi yang teruk ini. Seramai lebih 10 ribu orang mangsa ditempatkan di bandar Jiangyou sesudah mengalamigempa bumi yang teruk. Barang makanan dan minuman di sana semakin berkurang dengan bertambahnya jumlah mangsa yang diselamatkan.
Sejak 14 Mei, Jiang Xiaojuan memelihara dan menyusui 8 orang bayi yang diselamatkan dari kawasan bencana gempa bumi ini, dan beliau menjaga mereka seperti memelihara anaknya sendiri. Beliau berkata bahawa memelihara anak-anak tersebut menyedikan dia lebih rindu akan anaknya sendiri. Kata beliau saya tidak dapat menyusui anak saya dengan susu saya sendiri. Anak saya sedang makan bubur dan susu tepung, namun anak saya lebih bertuah daripada kanak-kanak mangsa bencana yang saya pelihara ini.
Jiang Min dan Jiang Xiaojuan serta anggota polis yang lain sedang melaksanakan usaha menyelamat di kawasan bencana gempa bumi sekarang ini. Kebanyakan mangsa mulai hidup secara stabil dan teratur di bawah bantuan mereka.
|