Masyarakat antarabangsa menambah sumbangan bantuan terhadap kawasan bencana China.
Kerajaan Republik Korea memutuskan tambahan bantuan barangan yang bernilai 4 juta dolar Amerika kepada China. Bantuan negara itu terhadap China mencatat 5 juta dolar Amerika.
Kerajaan Jerman pula memperuntukkan dana sejumlah 2.5 juta Euro di bawah program Bantuan Pembangunan China-Jerman untuk membantu mangsa gempa bumi Sichuan. Sebelum ini, kerajaan negara itu telahpun memberi sumbangan bantuan yang bernilai 1.5 juta Euro.
Kerajaan Britain memutuskan menambah bantuan barangan yang bernilai 1 juta paun. Bantuan Britain terhadap China mencecah 2 juta paun.
Iran pula menambah bantuan barangan kepada China kepada 150 tan daripada 64.2 tan. Barangan hantaran pertama mereka seberat 20 tan telah tiba di Chengdu.
Arab Saudi juga memutuskan untuk menambah bantuan barangan kepada China. Sebelum ini, kerajaan negara itu telah menyumbang wang tunai sebanyk 50 juta dolar Amerika dan barangan yang bernilai 10 juta dolar Amerika. Barang bantuan hantaran pertama dari Arab Saudi telah tiba di Chengdu.
Selain itu, barang bantuan yang disediakan oleh Rusia hantaran kelima dan keenam pun telah tiba di Chengdu.
|