Setakat hari ini, Kementerian Kesihatan China menghantar lebih 2000 orang ahli profesional, sebagai tambahan kepada 5,250 orang di provinsi Sichuan bagi melaksanakan kerja-kerja mencegah wabak di kawasan bencana.
Pencegahan wabak kini dilaksanakan di 80% kawasan di 11 kaunti dan bandar yang paling teruk dilanda gempa bumi. Barang pensterilan yang dihantar ke kawasan bencana hampir 1200 tan. Selain itu, pasukan pengawasan kesihatan telah mengadakan pengawasan dan ujian terhadap lebih 160 sampel air, serta pengawasan terhadap keselamatan makanan dan minuman di 1800 buah pusat penempatan sementara.
Sehingga ini, tiada laporan tentang wabak penyakit berjangkit dan kejadian kesihatan kecemasan di kawasan tersebut.
|