19 Mei hingga hari ini merupakan tempoh berkabung negara China, semua agensi China di luar negara mengibarkan bendera separuh tiang sebagai tanda berkabung terhadap korban gempa bumi Sichuan. Kedutaan Besar dan Konsulat China di pelbagai negara telah membuka buku ucapan takziah untuk ditandatangani. Pemimpin negara, pegawai pertubuhan antarabangsa, tokoh-tokoh pelbagai kalangan masyarakat dari pelbagai negara telah menyampaikan ucapan takziah ke Kedutaan Besar dan Konsulat China di luar negara.
Antaranya, Presiden Pakistan Pervez Musharraf, Presiden Perancis Nicolas Sarkozy, Presiden A.S. George W. Bush dan Presiden Republik Korea Lee Myung Bak. Selian itu, Perdana Menteri Pakistan Yousuf Raza Gilani, Perdana Menteri Vietnam Nguyen Tan Dung, Perdana Menteri Laos Bouasone Bouphavanh, Timbalan Perdana Menteri Laos Somsavat Lengsavad, Perdana Menteri Britain Gordon Brown, Perdana Menteri Jepun Yasuo Fukuda, Speaker Parlimen Perancis Bernard Accoyer, Presiden Senat Perancis Christian Poncelet juga menandatangai buku takziah ke Kedutaan Besar China.
Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon, Ketua Pengarah WTO Pascal Lamy, Ketua Pengarah WHO Margret Chan, Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Jacques Rogge, pegawai dari Kesatuan Eropah, pegawai Sekretariat Strategi Pengurangan Bencana Antarabangsa PBB (ISDR) dan pegawai dari pelbagai pertubuhan antarabangsa juga menyampaikan ucapan takziah ke pejabat perwakilan China di pertubuhan berkenaan.
Lebih 40 orang pegawai kanan dari pelbagai syarikat terkenal di A.S. semalam datang ke Kedutaan Besar China ke A.S. untuk menyampaikan ucapan takziah dan simpati terhadap mangsa korban gempa bumi Sichuan.
Peru mengisytiharkan 19 Mei sebagai Hari Berkabung di seluruh negara dan mengibarkan bendera separuh tiang sebagai tanda berkabung terhadap mangsa korban China. Manakala, siren amaran serangan udara dibunyikan di Pyongyong pada pukul 2.28 petang 19 Mei waktu Beijing. Tonga turut mengumumkan mengibarkan bendera separuh tiang di seluruh negara hari ini. Pejabat PBB di Vienna semalam pun mengibarkan bendera separuh tiang. Majlis Keselamatan PBB semalam mengadakan upacara bertafakur bagi mengenang korban gempa bumi Sichuan sebelum mengadakan perdebatan peringkat tinggi.
|