v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Berusaha Sedaya Upaya Menempatkan Mangsa Bencana

2008-05-21 15:11:08 CRI

Selepas Sichuan, dilanda bencana gempa bumi, kerajaan China segera mengambil tindakan penyelamatan, memberikan bantuan barang dan kewangan serta menjamin keperluan asas rakyat di kawasan bencana itu. Setakat pukul 2:00 petang semalam, kerajaan pelbagai peringkat telah memperuntukkan lebih 11.7 bilion yuan RMB untuk usaha penyelamatan di kawasan bencana. Pegawai Kementerian Hal-Ehwal Awam China menyatakan bahawa pegawai pelbagai institusi yang berkenaan sedang bekerja bertungkus-lumus dan penempatan bagi mangsa dari kawasan bencana sedang berjalan lancar. Berikut ialah laporan terperinci tentang hal itu.

Satu gempa bumi berukuran 8 pada skala Richter telah melanda wilayah Sichuan di barat daya China pada 12 Mei lalu. Bencana ini mengakibatkan beribu-ribu buah bangunan runtuh, dan kematian serta kecederaan rakyat yang serius. Kemudahan lalu lintas, bekalan elektrik, telekomunikasi dan air terputus, dan kemudahan awam yang lain rosak teruk. Selepas berlakunya bencana gempa bumi ini, kerajaan segera mengambil tindakan penyelamatan dan berusaha untuk memulihkan kemudahan lalu lintas, telekomunikasi, bekalan eletrik, air dan makanan untuk menjamin keperluan asas rakyat di kawasan bencana.

Dalam sidang akhbar Jabatan Penerangan Dewan Negara China semalam, Naib Menteri Hal-Ehwal Awam China, Puan Jiang Li memaklumkan keadaan di kawasan bencana. Katanya: "Kami telah menghantar 280 ribu buah khemah ke kawasan bencana, namun masih tidak mencukupi. Kini Kementerian Hal-Ehwal Awam telah membeli 700 ribu buah khemah lagi. Khemah tersebut sedang dibuat di kilang dan akan dihantar ke kawasan bencana secara bertahap-tahap. Selain itu, kami juga membeli kain yang boleh membuat 800 ribu buah khemah. Kami berusaha untuk menjamin tempat tinggal mangsa yang kehilangan rumah dan menyelesaikan masalah makan dan mimun mereka."

Beliau berkata, setakat 19 Mei, Kementerian Hal-Ehwal Awam China dan Kementerian Kewangan China telah memperuntukkan sebanyak 960 juta yuan RMB kepada lima provinsi yang dilanda bencana gempa ini, dan menghantar sumbangan termasuk lebih 278 ribu buah khemah, 780 buah selimut, 1.78 juta helai pakaian tebal serta makanan dan minuman yang bernilai 218 juta yuan RMB ke kawasan bencana. Kementerian Kewangan China memutuskan semalam akan memperuntukkan sebanyak 2.5 bilion yuan RMB sebagai bantuan untuk membantu kehidupan kepada mangsa di kawasan bencana.

Bencana gempa bumi ini bukan sahaja mengakibatkan lebih 5 juta orang kehilangan rumah, tetapi juga mengakibatkan ramai orang kehilangan kaum kerabat dan keluarga. Kini, seramai lebih 70 orang kanak-kanak yang terselamat menjadi anak yatim. Jabatan hal-ehwal awam tempatan segera mengambil tindakan untuk menempatkan anak yatim tersebut dan kanak-kanak yang terpisah daripada ibu bapa mereka ke badan kebajikan masyarakat. Kerajaan memutuskan akan memberikan subsidi kepada anak-anak yatim, orang tua dan orang kurang upaya yang kehilangan keluarga dalam bencana gempa ini sebanyak 600 yuan RMB seorang sebulan bagi jangka masa tiga bulan. Selain itu, banyak professional yang pergi ke kawasan bencana untuk memberikan bantuan psikologi kepada mangsa yang terselamat.

Setakat pukul 2:00 petang semalam, masyarakat telah menyumbangkan barang dan kewangan sejumlah 13.9 bilion yuan RMB. Kerajaan telah meningkatkan kawalan, dan pemantauan dan menjamin agar sumbangan tersebut segera digunakan untuk mangsa di kawasan bencana. Naib Ketua Jabatan Penyelamatan Bencana Kementerian Hal-Ehwal Awam China, Puan Pang Chenmin menyatakan: "Kami menuntut kesemua sumbangan digunakan ke kawasan bencana seperti Sichuan, Gansu dan Shaanxi. Pada fasa ini, sumbangan tersebut digunakan terutamanya dalam usaha menyelamat, merawat orang cedera dan menempatkan mangsa. Pada fasa kedua, iaitu fasa pembangunan semula, kami akan menggunakan sumbangan tersebut untuk membina semula tempat kediaman dan kemudahan kebajikan."

Setakat pukul 6:00 petang semalam, bencana gempa bumi yang melanda Sichuan, China ini telah mengakibatkan 40,075 orang terkorban dan 240 ribu orang cedera.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |