v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Giat Menjalankan Operasi Kuarantin di Kawasan yang Dilanda Bencana Gempa Bumi

2008-05-21 15:28:13 CRI

Di kawasan-kawasan yang dilanda gempa bumi di Sichuan, anggota penyelamat sedang gigih mencari dan mengeluarkan mangsa yang terselamat. Sementara itu, beberapa ribu orang petugas profesional telah menjalankan operasi kuarantin di kawasan-kawasan tersebut. Setakat ini, tiada kes wabak penyakit dan peristiwa kesihatan awam yang mencemaskan berlaku di kawasan-kawasan tersebut.

Gempa bumi yang berlaku di Wenchuan Sichuan pada 12 Mei lalu telah mengakibatkan jumlah kematian yang besar. Risiko berlakunya wabak penyakit amat tinggi disebabkan jumlah mayat mangsa agak besar, sampah tidak dapat dibersihkan dengan segera dan suhu di kawasan-kawasan tersebut kian meningkat. Kementerian Kesihatan China segera mengerahkan beberapa ribu orang petugas kuarantin dari seluruh negara untuk menjalankan operasi menyahjangkit di kawasan-kawasan tersebut. Sehingga 19 Mei lalu, petugas telah mensteril kawasan seluas kira-kira 100 juta meter persegi dan menguruskan secara baik lebih 8400 mayat mangsa.

Di kaunti Beichuan, bandar Mianyang yang dilanda bencana gempa bumi teruk, petugas sedang menyemburkan air steril ke merata tempat. Anggota kuarantin dari Pusat Kawalan Penyakit Mianyang, Feng Yang telah masuk ke Beichuan pada 13 Mei lalu. Beliau bekerja selama lebih 12 jam secara terus menerus pada tiap-tiap hari. Katanya, "Kami mula bekerja pada pukul 7.30 pagi dan habis kerja pada pukul 6.00 petang, dan hanya tidur 5 hingga 6 jam tiap-tiap hari. Kami memakai pakaian pelindung khas, sarung tangan, pelindung mulut dan mata."

Sekarang, sejumlah lebih 100 orang anggota kuarantin dari Jiangsu, Beijing serta anggota tempatan dan dari pihak tentera sedang menjalankan tugas di kaunti Beichuan. Mereka menggunakan kelengkapan khas untuk menjalankan operasi kuarantin yang amat berkesan.

Pegawai Pusat Kawalan Penyakit Mianyang, Hu Yong menyatakan bahawa operasi kuarantin di kaunti Beichuan amat berkesan. Katanya, "Para petugas bekerja dengan bertungkus-lumus. Mereka telah mensteril pusat sampah, rumah, mayat dan kawasan perkuburan serta menguruskan mayat dengan kapur kemudian mengebumikan mayat itu di kubur yang dalam. Pekerjaan mereka amat berkesan."

Operasi kuarantin seperti itu juga sedang dijalankan di Wenchuan dan Qingchuan yang turut dilanda bencana gempa bumi yang teruk. Tindakan tersebut amat berkesan untuk mencegah berlakunya wabak penyakit berjangkit. Badan-badan berkenaan telah meningkatkan kawalan kesihatan terhadap sumber air, proses pengeluaran makanan, badan perubatan dan pusat penempatan mangsa yang terselamat. Selain itu, kerajaan juga menyebarkan pengetahuan dalam bidang kesihatan dan kuarantin kepada anggota penyelamat dan mangsa yang terselamat.

Pegawai Pusat Kawalan Penyakit Mianyang, Hu Yong menyatakan bahawa pasukan kuarantin akan terus menjalankan operasinya setelah misi mencari dan menyelamat mangsa berakhir. Katanya, "Setelah semua anggota penyelamat mengundurkan diri dari kawasan yang dilanda bencana gempa bumi, kami akan mensteril persekitaran, memeriksa sumber air dan menguruskan mayat. Anggota kuarantin akan mengundurkan diri dari kawasan ini paling akhir."

Kementerian Kesihatan China mengumumkan semalam bahawa tiada wabak penyakit berjangkit yang berlaku secara besar-besaran di kawasan yang dilanda gempa bumi di Sichuan. Pusat Kawalan Penyakit China telah membentuk sistem maklumat wabak kecemasan melalui telefon bimbit. Sistem tersebut dapat memaklumkan keadaan wabak penyakit pascabencana. Selain itu, kementerian tersebut akan mengerahkan lagi lebih 2500 orang petugas kuarantin ke kawasan yang dilanda gempa bumi.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |