v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Mangsa Gempa Bumi di Sichuan China Mula Dipindahkan ke Provinsi dan Bandar yang lain

2008-05-21 15:04:30 CRI

Sebuah kereta api khas yang membawa 208 orang mangsa yang cedera dalam bencana gempa bumi di Wenchuan Sichuan dan 60 orang doktor dan jururawat tiba di stesen kereta api Chongqing pada malam 19 Mei. Sejak berlakunya gempa bumi yang teruk itu, ini adalah kumpulan pertama mangsa yang cedera dari kawasan bencana itu diangkut dengan kereta api khas ke hospital provinsi dan bandar yang lain untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Kebanyakan orang yang cedera berasal dari bandar Jinyang yang mengalami kesan bencana yang agak serius. Lebih banyak lagi mangsa yang cedera akan diangkut ke sana hasil kerja menyelamat yang dilaksanakan di pelbagai mukim dan desa dan lebih banyak kemudahan perubatan, doktor dan jururawat akan disediakan di Jinyang bagi memenuhi keperluan mangsa yang cedera itu. Oleh itu, 2100 orang mangsa yang cedera dari Hospital Pusat Bandar Jinyang dan 8 buah hospital yang lain serta hospital-hospital bandar Jiangyou dan kaunti Anxian diangkut ke Chongqing bermula pada 18 Mei. Li Xuemei, doktor dari Hospital Rakyat Ke-6 Chongqing berkata bahawa doktor menjaga mereka dengan baik sepanjang perjalanan dalam kereta api itu. Setelah tiba di Chongqing, mula-mula doktor akan memeriksa mereka, kemudian barulah dihantar ke hospital kami untuk mendapatkan rawatan. Kami telah membuat persiapan lebih awal.

Doktor Li berkata, 208 orang mangsa yang cedera segera ditempatkan di pelbagai hospital yang besar di Chongqing. Kumpulan perubatan yang terdiri daripada doktor, jururawat dan sukarelawan untuk setiap orang yang cedera telah ditubuhkan di hospital yang berkenaan. Kerja merawat mereka segera akan dijalankan. Mereka juga menjalankan pembedahan tulang leher bagi 5 orang pesakit yang cederanya paling parah beberapa jam selepas mereka tiba. Pengarah Hospital Pertama Chongqing, Yang Qingjun berkata bahawa mereka akan melaksanakan pembedahan terhadap 5 orang mangsa yang cedera parah itu.

Bandar Chongqing merupakan tempat pertama yang disediakan untuk mangsa yang cedera dari kawasan bencana gempa bumi ini. Demi memberikan rawatan perubatan yang baik kepada mangsa yang cedera, doktor dan jururawat memberikan khidmatan rawatan 24 jam bagi mereka yang cedera parah.

Mangsa yang cedera dari Sichuan banyak yang telah dihantar ke beberapa buah hospital besar di Chongqing sekarang ini. Seratus buah hospital kawasan kediaman di bandar pula bersiap sedia untuk memberikan rawatan perubatan disebabkan oleh jumlah orang yang cedera semakin banyak. Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Chongqing, Qu Qian berkata, bahawa kira-kira 1500 orang mangsa yang cedera dari Sichuan akan dihantar ke Chongqing dalam beberapa hari yang akan datang. Beberapa puluh buah hospital di bandar ini sudah bersiap sedia setakat ini. Selain bandar Chongqing, hospital-hospital dari provinsi-provinsi yang berhampiran dengan Sichuan, seperti Shaanxi, Yunnan dan Guizhou juga akan memberikan rawatan perubatan kepada mangsa yang cedera dari Sichuan.

Dimaklumkan, sekurang-kurangnya 20 ribu mangsa yang cedera dari kawasan bencana gempa bumi Wenchuan Sichuan perlu dipindahkan ke tempat lain sekarang ini. 10 buah kereta api penyelamat mangsa yang cedera akan tiba di Sichuan untuk mengangkut mangsa yang cedera hari ini dan besok.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |