Perdana Menteri yang juga Ketua Markas Operasi Menyelamat Gempa Bumi Dewan Negara China, Wen Jiabao tiba di Mianyang petang tadi untuk menyelia operasi bantuan bencana di kawasan itu.
Selepas itu, beliau menaiki helikopter ke Tangjianshan, meninjau sebuah tasik yang terbentuk ekoran gempa bumi tersebut.
Sidang anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China telah diadakan hari ini untuk mengkaji dan mengatur operasi bantuan di kawasan bencana. Presiden China, Hu Jintao yang mempengerusikan sidang tersebut.
Diberitahu, situasi di kawasan bencana sekarang masih meruncing dan operasi bantuan perlu terus diberikan keutamaan.
|