Setakat 20 haribulan Mei, provinsi Sichuan telah melibatkan seramai 68 ribu orang sukarelawan untuk menyertai usaha membantu mangsa bencana gempa bumi.
Para sukarelawan tersebut giat dalam usaha mencari dan menyelamat, di samping mengawal kestabilan kawasan bencana dan menghantar bekalan logistik di luar kawasan bencana. Mereka menjadi tenaga yang penting dalam usaha bantuan bencana.
Sehingga pukul 12.00 tengah hari semalam, bencana gempa bumi Sichuan telah mengakibatkan 41,353 orang terkorban, 274,683 orang cedera dan 32,666 orang hilang.
|