v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pemimpin Negara Luar atau Pertubuhan Antarabangsa Menyanjung Tinggi Terhadap Usaha Menyelamat Kerajaan China dalam Bencana
2008-05-22 14:34:03 CRI

Beberapa pemimpin dan tokoh-tokoh politik negara luar menyanjung tinggi usaha menyelamat kerajaan China dalam bencana gempa bumi ketika mengunjungi kedutaan besar, pejabat konsulat China di luar negara untuk menyampaikan ucapan takziah terhadap korban nyawa dalam bencana ini.

Perdana Menteri Jepun, Fukuda Yasuo semalam berkata, selepas gempa bumi, pemimpin China turun padang ke kawasan bencana untuk mengetuai usaha menyelamat. Beliau yakin rakyat China akan dapat menyelesaikan dengan baik usaha menyelamat mangsa bencana dan membina semula kempung halaman yang musnah.

Presiden Columbia, Alvaro Uribe menyatakan kerajaan pelbagai peringkat China begitu prihatin dalam tindakan menyelamat ketika menghadapi bencana begitu dahsyat. Anggota penyelamat profesional dan penduduk biasa bertungkus lumus melaksanakan usaha menyelamat. Kesemua ini amat dihargai dan dijadikan teladan.

Selain itu, pemimpin dan tokoh politik dari Malaysia, Morocco, Ukrain, Czech dan Brazil serta pegawai daripada pejabat PPB di Vienna dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menyanjung tinggi usaha bantuan yang dilakukan oleh kerajaan China.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |