37 orang anggota Pasukan Penyelamat Singapura meninggalkan Chengdu dengan membawa kelengkapan berat hari ini. Bakinya 18 orang anggota pasukan tersebut akan balik ke Singapura esok. Ketua Pasukan Penyelamat Singapura, kapten Francis Ng menyatakan mangsa bencana tabah hadapi dugaan dan berazam kuat meneruskan kehidupan. Beliau berharap mereka dapat mengatasi kesukaran untuk membina semula kampung halaman yang musnah.
Francis Ng berkata, semoga anggota penyelamat yang masih melaksanakan kerja dapat menyelesaikan tugas dengan secepat mungkin. Beliau juga berharap ahli keluarga mangsa korban dalam bencana meneruskan kehidupan dengan hati yang tabah dan membina semula kampung halaman yang lebih baik.
Pasukan penyelamat Jepun, Rusia dan Republik Korea pun mula meninggalkan kawasan bencana. Sementara pasukan perubatan asing mula melaksanakan tugas selepas tiba di kawasan bencana. Ini menandakan usaha bantuan bencana memasuki fasa baru.
|