v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Keutamaan Diberikan kepada Pencegahan Wabak, Penempatan Mangsa dan Pembinaan Semula Pascabencana

2008-05-22 19:56:09 CRI

Saudara pendengar, seiring dengan usaha menyelamat mangsa di kawasan bencana gempa bumi Sichuan yang sedang giat dijalankan, kini, keutamaan diberikan kepada pencegahan wabak, penempatan mangsa dan pembinaan semula pascabencana.

Di Pekan Hanwang yang dekat dengan Kaunti Wenchuan, lebih 80% bangunan runtuh dan banyak mangsa terkorban di sini dalam gempa bumi kali ini. Kini, sebahagian penduduk Pekan Hanwang telah dipindahkan ke Bandar Mianzhu dan Chengdu, yang lain masih tinggal di pekan tersebut. Pada masa yang sama, kerja-kerja untuk mencegah berlakunya wabak, termasuk kerja mensteril kawasan bencana juga dilaksanakan. Pegawai tempatan, Xu Wenchun memberitahu pemberita bahawa: "Bukan sahaja di Pekan Hanwang, tetapi juga di kawasan sekitarnya, keutamaan kerja telah dialihkan daripada usaha menyelamat kepada pencegahan wabak, penempatan penduduk dan pembinaan semula pascabencana."

Sekarang, pasukan-pasukan perubatan tambahan dari pelbagai tempat di seluruh negara telah tiba berturut-turut di kawasan bencana. Kerja membersihkan kawasan bencana daripada kuman, menyahjangkit sumber air serta pengurusan mayat mangsa korban telah dijalankan dengan lancar. Pihak berkaitan juga memperkenalkan pengetahuan kesihatan am kepada penduduk tempatan.

Pengarah Pusat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Bandar Mianzhu, Encik Zhou Daoxing memaklumkan bahawa: "Buat sekarang ini, semua staf dari pusat kami telah melibatkan diri dalam kerja mencegah wabak di kawasan bencana di pelbagai pekan dan kampung. Kami menyembur ubat-ubat penyahjangkitan sebanyak dua kali sehari di kesemua 53 buah pusat penyelamatan dan bantuan mangsa bencana di kawasan ini. Selain itu, kami juga meningkatkan kerja untuk memperkenalkan pengetahuan kesihatan kepada para penduduk tempatan serta pengurusan mayat mangsa korban untuk mengelakkan daripada berlakunya wabak pascabencana."

Dengan ketibaan musim menuai, ramai petani di kawasan bencana di Shifang, Pengzhou, Guanghan dan Mianzhu mula bekerja bertungkus lumus untuk menuai hasil pertanian mereka. Sebahagian sukarelawan dan anggota tentera turut menyertai kerja tersebut untuk membantu para petani. Sementara itu, syarikat-syarikat besar di kawasan bencana juga beransur-ansur memulihkan operasi mereka, di samping menyumbangkan bantuan kepada mangsa gempa bumi. Petugas Markas Bantuan Mangsa Gempa Bumi dari sebuah kilang di Pekan Hanwang, Encik Liu Zhiqian memberitahu pemberita bahawa: "Kami telah memulakan pembinaan semula pascabencana untuk memulihkan operasi kilang dan membangunkan kampung halaman kami."

Beberapa banyak sekolah rendah dan menengah di kawasan bencana juga telah dibuka semula. Pada 21 Mei, sekolah rendah tajaan derma yang pertama di kawasan bencana ini telah dirasmikan. Guru besar sekolah itu, Chen Chaolu memberitahu pemberita bahawa: "Pembinaan sekolah ini boleh memberikan harapan kepada kanak-kanak di kawasan bencana untuk bersekolah. Dalam bencana kali ini, mereka kehilangan rumah dan sekolah, ada juga kehilangan ahli keluarga. Sekolah ini boleh menjadi pelantar yang baik bagi kanak-kanak ini untuk berkomunikasi supaya mereka dapat melepaskan diri daripada igauan yang ngeri. Selain itu, keadaan di dalam sekolah lebih baik daripada di luar sekolah, dan bermanfaat bagi kesihatan dan keselamatan kanak-kanak."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |