v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Berikan Bantuan Psikologi di Kawasan Bencana

2008-05-22 16:25:04 CRI

Gempa bumi yang melanda Sichuan, China mengakibatkan kematian dan kecederaan orang ramai serta kerugian harta benda yang serius. Akibat kehilangan kaum kerabat dan rumah, emosi mangsa bencana terjejas oleh igauan ngeri akibat bencana gempa bumi itu. Oleh itu, institusi kesihatan, pelbagai peringkat kerajaan dan pertubuhan kalangan rakyat mengejarkan sejumlah besar ahli psikologi ke Sichuan untuk memberikan perkhidmatan psikologi kepada mangsa bencana itu.

Di satu pusat penempatan mangsa bencana di kaunti Beichuan, iaitu salah satu kawasan bencana yang paling serius, wartawan menemui Liu Kai, pelajar tahun ke-2 di Sekolah Menengah Beichuan. Dia sedang membantu sukarelawan untuk menempatkan mangsa bencana. Wartawan boleh merasakan keyakinan dan perasaan optimisnya kepada masa depan. Namun Liu Kai sebenarnya bukanlah begitu keadaannya ketika baru sampai ke pusat penempatan mangsa bencana itu. Sun Qiang, sukarelawan yang memberikan perkhidmatan psikologi di pusat penempatan ini memberitahu wartawan bahawa: "Ketika Liu Kai baru tiba di pusat penempatan ini, dia begitu keliru, tidak dapat tidur dan tidak ada ekspresi di mukanya. Dia pendiam, dan selalu duduk seorang diri."

Ahli psikologi telah memberikan nasihat kepada Liu Kai dan mereka mendengar pengalamannya dalam bencana gempa itu serta menggalakkannya untuk membantu sukarelawan. Kini, emosi Liu Kai bertambah baik. Katanya: "Saya berasa lega setelah menceritakan pengalaman saya, dan dapat melepaskan diri daripada tekanan psikologi."

Selepas berlakunya bencana gempa bumi, usaha untuk memberikan bantuan psikologi segera dilaksanakan. Antara pasukan penyelamat yang dikejarkan ke kawasan bencana itu termasuklah ahli psikologi. Ketika merawat orang yang terselamat, mereka juga memberikan bantuan psikologi supaya dapat melepaskan mangsa bencana daripada igauan ngeri akibat bencana gempa.

Pakar psikologi dari Universiti Perubatan Tentera ke-3, Feng Zhengzhi tiba di kawasan bencana pada hari kedua selepas berlakunya gempa bumi. Beliau menjelaskan kerjanya di kawasan bencana itu. Katanya: "Bantuan psikologi dilaksanakan ketika mangsa masih lagi tertimbus di bawah runtuhan bangunan. Pada masa itu, kami menggalakkannya kekal bersemangat dan yakin dapat diselamatkan. Manakala ketika kami memberikan bantuan psikologi kepada orang yang terselamat, kami selalu berbual-bual dengan mereka dan membiarkan mereka menceritakan igauan ngeri mereka. Contohnya, ketika kami berbual-bual dengan belasan orang penduduk kampung, kami mendapati igauan ngeri mereka tidak sama, mungkin sebelum itu, ada yang berpendapat dialah orang yang paling takut, namun selepas berbual-bual, didapatinya setiap orang di situ dalam ketakutan, dan igauan ngerinya menjadi ringan. Kaedah ini amat berkesan."

Berdasarkan statistik yang tidak menyeluruh, sekurang-kurangnya 50 buah pasukan ahli psikologi telah dikejarkan ke kawasan bencana. Selain itu, talian penting untuk memberikan bantuan psikologi telah dibuka. Ahli pasukan penyelamat juga menyebarkan bahan bacaan tentang kesihatan psikologi kepada rakyat di kawasan bencana.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |