v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Usaha Menyelamat Mangsa Bencana Membuatkan Dunia Melihat Aspek yang Lain tentang China

2008-05-22 16:01:29 CRI

Sesudah berlakunya gempa bumi yang teruk di Wenchuan Sichuan pada 12 Mei yang lalu, kerja menyelamat yang pantas dan berkesan oleh kerajaan China telah mendapat penilaian yang tinggi daripada masyarakat antarabangsa.

Perdana Menteri China Wen Jiabao segera pergi ke tempat kejadian gempa bumi tersebut, manakala jabatan-jabatan hal ehwal awam, komunikasi, perubatan, keselamatan awam dan telekomunikasi China telah mengambil tindakan untuk menangani situasi kecemasan hanya beberapa jam setelah berlakunya gempa bumi yang teruk itu.

Cara pengumuman maklumat oleh pihak China tentang gempa bumi yang teruk ini juga dipuji di dalam dan luar negara. Berita tentang kejadian gempa bumi di China ini segera dimaklumkan selepas 10 minit sahaja berlakunya bencana tersebut dan berita ini segera dikeluarkan oleh media China. CCTV dan stesen TV tempatan secara bersama-sama membatalkan siaran harian untuk menyiarkan secara langsung aktiviti menyelamat di kawasan kejadian gempa bumi. Akhbar "Financial Times"Britain melaporkan bahawa tindakan segera yang diambil oleh kerajaan China untuk menangani gempa bumi di Wenchuan Sichuan memang wajar mendapat pujian.

Jumlah derma yang terkumpul dari seluruh masyarakat China melebihi 14 bilion yuan RMB setakat 21 Mei. Banyak sukarelawan pergi ke kawasan bencana gempa bumi untuk menyumbangkan tenaga di samping kerajaan melaksanakan usaha menyelamat itu. Menurut Akhbar "Lianhezaobao" Singapura, kejadian gempa bumi yang teruk di Wenchuan Sichuan juga meningkatkan perasaan patriotik rakyat China. Ada media menyatakan bahawa rakyat China lebih bersatu padu dalam usaha menyelamat ini.

Sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan di China pada tahun 1978, pembangunan ekonomi, sosial dan budaya telah mengalami perubahan yang besar. Tetapi, lebih banyak perkara diketahui oleh seluruh dunia daripada pertumbuhan ekonomi China yang meningkat dengan pesat dan produk China yang memenuhi pasaran di serata pelbagai tempat di dunia. Ada media melaporkan bahawa pencemaran alam sekitar, kekurangan sumber tenaga, kenaikan harga barang, rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan dan hak asasi manusia tidak terjamin serta lain-lain.

Dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan berterusan, persekitaran masyarakat, sistem politik, taraf hidup rakyat dan semangat rakyat China juga mengalami perubahan yang besar. China hari ini menjadi lebih terbuka daripada yang diluar dijangkakan. Kerajaan China kini lebih telus dan lebih berjaya dalam bidang pengurusan dan pentadbiran. Walaupun terdapat banyak kekurangan dalam proses pembangunan di China, namun China mengambil tindakan yang lebih positif dan terbuka daripada masa yang lalu untuk mengatasi kekurangan tersebut dan melaksanakan kerjasama antarabangsa.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |