Sehingga pukul 10 pagi tadi, bantuan yang disumbangkan oleh pertubuhan antarabangsa terhadap kawasan bencana Sichuan mencecah 20.55 juta dolar Amerika.
Masyarakat antarabangsa terus menyumbang bantuan barangan dan wang terhadap kawasan bencana gempa di provinsi Sichuan.
Peralatan dan kemudahan yang disediakan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa A.S. (USAID) khusus untuk mencari, menyelamat dan merawat mangsa yang cedera tiba di Chengdu semalam. Pesawat yang mengangkut hospital bergerak yang disumbang oleh Persatuan Palang Merah Jerman juga tiba di Chengdu pagi tadi. Selain itu, satu pasukan perubatan Jerman yang terdiri daripada 11 orang anggota menuju ke Dujiangyan.
Kerajaan Pakistan semalam memutuskan untuk menyediakan 10,000 buah khemah lagi kepada China. Sehingga kini, khemah yang disumbangkan negara itu mencatat 22,260 buah.
Sehingga pagi semalam, hospital bergerak Rusia di kawasan bencana telah menerima 47 mangsa yang cedera.
Setakat pukul 10 pagi semalam, gempa bumi Wenchuan telah meragut 51,151 nyawa, manakala, 288,431 orang cedera dan 29,328 orang masih hilang.
|