Itali dan Cuba masing-masing menyumbang bantuan kewangan, barangan dan perubatan terhadap kawasan bencana gempa bumi Sichuan.
Hantaran ketiga barang bantuan yang disumbang oleh kerajaan Itali tiba di Lapangan Terbang Shuangliu, Chengdu pagi tadi. Setakat ini, kesemua bantuan termasuk barangan dan wang yang bernilai lebih 3.3 juta Euro yang disumbangkan oleh kerajaan Itali telah tiba di Sichuan.
Pasukan perubatan antarabangsa Cuba yang terdiri daripada 35 orang anggota tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pagi tadi, dan akan terbang ke Chengdu petang ini.
Selain itu, pasukan perubatan Makau pertama yang terdiri daripada 20 orang anggota juga telah bertolak dari Makau ke Sichuan hari ini.
|