Perdana Menteri Wen Jiabao sekali lagi masuk Sichuan untuk menyelia kerja bantuan bencana di sana.
Pagi tadi, Wen Jiabao meninjau ke hospital di Mianyang untuk mengetahui keadaan rawatan terhadap mangsa cedera dan juga melawat ke pusat penempatan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Beichuan yang habis musnah untuk mengetahui keadaan persekolahan para pelajar di sana.
Dalam penerbangan ke Mianyang petang semalam, Wen Jiabao berkata, penempatan mangsa tersebut dan pembinaan semula di kawasan bencana merupakan tugas yang berat dan perlu usaha jangka panjang dalam masa akan datang.
Sebaik tiba di Mianyang dengan pesawat khas, Wen Jiabao segera berlepas ke Tangjianshan dengan menaiki helikopter untuk meninjau keadaan sebuah tasik yang terbentuk ekoran tersekatnya aliran sungai dalam gempa bumi.
Mengenai keadaan pencegahan wabak di Mianyang, Wen Jiabao menyatakan, Kementerian Kesihatan menghantar 4,500 anggota teknikal ke kawasan bencana. Jabatan berkenaan perlu mengelakkan wabak daripada merebak selepas bencana gempa bumi ini.
|