v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Media Asing Menyanjung Tinggi Usaha Bantuan China Dalam Bencana Gempa Bumi
2008-05-23 19:18:30 CRI

Media-media asing menyiarkan rencana yang menyanjung tinggi usaha bantuan China yang pantas, cekap, terancang dan mengutamakan rakyat dalam menangani bencana gempa bumi Sichuan.

Akhbar Lianhe Zaobao Singapura semalam menerbitkan rencana yang menyebut bahawa pemimpin China mengambil berat keperluan rakyat dengan tindakan pantas dalam kerja-kerja menyelamat. Dengan itu, kerajaan China telah menunjukkan imej baik kepada ahli politik dan rakyat negara Barat.

Akhbar The Australia dalam sebuah rencana menyatakan selepas gempa bumi berlaku, seramai 100 ribu orang sukarelawan dari pelbagai tempat China memberi bantuan di kawasan bencana dan mereka telah mendapat sambuatan daripada penduduk tempatan.

Menurut laporan pemberita AP di Dujiangyan, Sichuan, sumbangan bantuan dari seluruh negara China membanjiri kawasan bencana. Sementara itu, banyak orang menyertai operasi menyelamat pasukan tentera dengan menggunakan kereta peribadi.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |