Presiden China, Hu Jintao meminta pengilang-pengilang khemah supaya pengeluaran mereka dipercepat bagi memenuhi keperluan mangsa di kawasan bencana gempa bumi di Sichuan.
Kerajaan China meminta supaya 900 ribu buah khemah disediakan untuk kawasan bencana dalam tempoh sebulan. Provinsi Zhejiang yang mempunyai banyak pengilang khemah telah dipertanggungjawab untuk membekalkan khemah untuk kawasan bencana.
Presiden Hu telah meninjau keadaan pengeluaran khemah di Bandar Huzhou, Provinsi Zhejiang semalam, dan mengadakan mesyuarat dengan pegawai-pegawai dari beberapa syarikat berkenaan. Beliau mengingatkan mereka supaya mengeluarkan lebih banyak khemah yang bermutu bagi menyediakan tempat berlindung sementara yang selamat kepada mangsa bencana yang kehilangan tempat tinggal.
|