v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Tingkatkan Penyeliaan ke atas Pengagihan Barangan dan Penggunaan Wang Bantuan Bencana
2008-05-23 16:12:10 CRI

Jabatan-jabatan kewangan pelbagai peringkat di China diarah meningkatkan penyeliaan ke atas pengagihan barangan dan penggunaan wang bantuan bencana gempa bumi Sichuan.

Demikian dinyatakan dalam surat pekeliling yang dikeluarkan Kementerian Kewangan semalam.

Jabatan-jabatan berkenaan juga diarah meningkatkan peruntukan dalam kerja-kerja bantuan bencana bagi menjamin kehidupan asas penduduk, memulihkan pengeluaran dan membangunkan semula kampung halaman di kawasan bencana dengan secepat mungkin. Di samping itu, keutamaan diberikan kepada penempatan penduduk miskin, rawatan mangsa yang cedera, pencegahan wabak dan pengurusan mayat mangsa korban.

Ketua Audit Negara, Liu Jiayi berkata kelmarin, melalui audit, jumlah peruntukan dana khas daripada kerajaan dan bantuan dari dalam dan luar negara akan diperoleh di samping memantau rapi keadaan pengagihan bantuan.

Menurut statistik Kementerian Hal Ehwal Awam, sehingga pukul 12.00 tengah hari 22 Mei, jumlah sumbangan derma dari dalam dan luar negara mencatat 21.416 bilion yuan RMB.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |