v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Jerman Sediakan Hospital Bergerak untuk Kawasan Dilanda Gempa Bumi di China

2008-05-23 15:25:27 Agensi Berita Xinhua China

Sebuah hospital bergerak dan kelengkapan berkenaan yang disediakan oleh Persatuan Palang Merah Jerman telah dihantar dari Berlin ke Chengdu, ibu kota provinsi Sichuan semalam. Hospital itu merupakan bantuan kumpulan pertama yang disediakan oleh Jerman untuk kawasan yang dilanda gempa bumi. Di lapangan terbang Berlin, pekerja sedang menghantar barang ke sebuah kapal terbang pengangkutan Boeing-747. Barang-barang tersebut termasuk kelengkapan sebuah hospital bergerak, ubat-ubatan dan peralatan perubatan yang disediakan oleh Persatuan Palang Merah untuk kawasan-kawasan yang dilanda gempa bumi di Sichuan China. Kapal terbang tersebut tiba di Chengdu, ibu kota provinsi Sichuan pada pukul 9.00 pagi tadi, lalu barang-barang tersebut dihantar ke bandar Dujiangyan. Penerbangan tersebut menjadi penerbangan langsung buat kali pertama antara Berlin dengan Chengdu. Jurucakap Persatuan Palang Merah Jerman, Fredrik Barkenhammar berkata, "Hospital-hospital di bandar Dujiangyan telah musnah akibat gempa bumi dan tidak dapat menyediakan rawatan kepada pesakit. Hospital bergerak tersebut akan menyediakan perkhidmatan kepada pesakit. Selain itu, banyak mangsa yang terselamat dari kawasan pergunungan memerlukan rawatan segera. Hospital bergerak itu akan menjadi hospital yang paling bagus di kawasan tersebut."

Hospital bergerak tersebut didirikan dengan 25 buah khemah yang masing-masing seluas 30 hingga 50 meter persegi. Hospital itu memiliki 120 buah katil dan boleh menyediakan perkhidmatan perubatan kepada kawasan yang jumlah penduduknya mencatat 250 ribu orang. Hospital itu mempunyai bekalan air, tenaga elektrik dan makanan sendiri dan boleh beroperasi tanpa bekalan tempatan. Ketua Pengarah Bahagian Pentadbiran Malapetaka Persatuan Palang Merah Jerman, Christof Johnen berkata, "11 orang petugas, termasuk 5 orang doktor dan jururawat akan ikut serta dengan hospital bergerak itu ke Sichuan untuk menyediakan perkhidmatan rawatan kepada mangsa yang terselamat dalam bencana tersebut. Jurutera dalam pasukan tersebut akan menjelaskan cara menggunakan kelengkapan-kelengkapan hospital tersebut kepada pekerja pihak China. Mereka juga bertanggungjawab terhadap bekalan elektrik dan air serta membaik pulih kelengkapan yang rosak."

Kementerian Luar Jerman berusaha untuk menjayakan operasi membantu mangsa terselamat di Sichuan. Barang-barang bantuan yang disumbangkan oleh negara Jerman tersebut bernilai 4 juta Euro. Menurut pakar berkenaan, hospital bergerak itu akan siap dipasang dan mula beroperasi dalam tempoh 72 jam setelah tiba di bandar Dujiangyan.

Profesor Joachim Gardemann berkhidmat sebagai doktor dalam pasukan perubatan kali ini. Beliau telah tujuh kali ikut serta dalam operasi membantu bidang perubatan di seberang laut. Katanya, "Kami segera menyediakan rawatan kepada mangsa yang terselamat dalam gempa bumi kali ini setibanya di Dujiangyan. Kami akan berkhidmat di sini selama 4 hingga 6 minggu. Tugas kami ialah melatih rakan China untuk menggunakan hospital bergerak tersebut."

Jurutera Jerman, Claus Muchow menyatakan bahawa beliau berharap bersama-sama dengan rakan-rakan China medirikan hospital itu dengan secepat mungkin. Katanya, "Jumlah anggota pasukan kami amat kurang. Kami akan bersama-sama dengan rakan China untuk mendirikan hospital bergerak ini. Berdasarkan pengalaman kami, hospital bergerak yang mempunyai 120 buah katil memerlukan 100 orang jurutera. Kami menantikan kerjasama dengan rakan-rakan China."

Hospital bergerak itu akan diserahkan kepada Persatuan Palang Merah China setelah pasukan Jerman itu pulang ke tanah air. Selain itu, Persatuan Palang Merah Jerman akan menyerahkan 1500 buah khemah kepada kawasan-kawasan yang dilanda bencana gempa bumi pada akhir Mei ini serta menyertai pembangunan semula pascabencana.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |