v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Giat Menjamin Bekalan Pasaran di Kawasan Bencana Gempa Bumi di Sichuan China

2008-05-23 16:23:57 CRI

Sesudah berlakunya gempa bumi yang teruk di Wenchuan Sichuan China pada 12 Mei yang lalu, Kementerian Perdagangan China dengan pantas melaksanakan operasi kuarantin untuk menjamin bekalan pasaran barang-barang keperluan harian dan pengelaran serta barangan usaha menyelamat di kawasan bencana gempa bumi. Melalui meningkatkan pengangkutan kargo dan tindakan yang lain, bekalan dan harga pasaran lebih stabil di kawasan tersebut pada masa sekarang.

Dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Jabatan Penerangan Dewan Negara China hari ini, Menteri Perdagangan China Chen Deming berkata bahawa selepas berlakunya gempa bumi yang teruk di Wenchuan pada 12 Mei yang lalu, Kementerian Perdagangan China dengan pantas melaksanakan oprasi kuarantin peringkat A, mengangkut barang-barang keperluan harian dan barangan usaha menyelamat untuk menjamin bekalan pasaran di kawasan bencana tersebut. Beliau berkata bahawa pertama, menjamin bekalan barang-barang yang diangkut daripada seluruh negara kepada Sichuan. Kedua, Kedai runcit dapat dipulihkan dengan segera. Sebanyak 17000 buah kedai telah dipulihkan di provinsi -provinsi Sichuan, Gansu dan bandar Chongqing pagi ini. Menurut jangkaan, semua kedai runcit di kawasan bencana peringkat kaunti akan beroperasi pada akhir bulan Mei ini.

Beliau berkata bahawa bekalan barng-barang di pasaran cukup untuk keperluan pengguna di Chengdu, ibu kota provinsi Sichuan dan beberapa bandar yang besar. Pengedaran pengeradan barangan peringkat bandar dan kaunti kini telah beransur pulih. Kata beliau, jabatan perdagangan sepatutnya berusaha untuk mengangkut barang-barang perdagangan kepada rakyat yang tinggal di kawasan bencana gempa bumi dengan menggunakan kenderaan, dengan kuda , malah mengangkutnya dengan berjalan kaki ke kawasan bencana .

Beliau berkata, lebih 3100 buah kampung dikenalpaati oleh Kementerian Perdagangan China untuk dipulihkan kedai runcit. Menurut beliau lagi, di samping giat menjamin bekalan pasaran di kawasan bencana gempa bumi, Kementerian Perdagangan China juga memikul tanggungjawab yang menerima bantuan antarabangsa. Pengarah Jabatan Antarabangsa Kementerian Perdgangan China Zhang Kening berkata, bahawa kami segera memaklumkan tragedy itu kepada pertubuhan antarabangsa yang berkenaan dan perbadanan luar negara di China sebaik sahaja gempa bumi itu berlaku. Kami menerima sumbangan wang bermula pada 13 Mei. Kami membeli barang dengan wang tersebut untuk mangsa di kawasan bencana tersebut, antaranya mi segera, khemah dan ubat-ubatan.

Menteri Perdagangan China Chen Deming dalam sidang akhbar itu berkata bahawa gempa bumi yang teruk ini mengakibatkan kerugian yang sangat besar kepada Sichuan, tetapi tidak terjejas bekalan barang-barang di pasaran di seluruh negara China. Beliau menambah lagi bahawa bencana gempa bumi yang teruk ini, pada dasarnya juga tidak menjejaskan eksport China.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |