Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon terharu apabila melihat semangat berjuang rakyat China dalam menghadapi bencana alam.
Beliau menyatakan demikian di pekan Yingxiu hari ini. Katanya, beliau menyampaikan takziah dan simpati kepada rakyat China, keluarga mangsa korban dan mereka yang cedera dalam gempa bumi di Sichuan. Beliau berharap agar mereka dapat menempuh cabaran ini dengan sokongan rakyat sejagat bersama.
Menurutnya, beliau menyaksikan ramai orang termasuk askar tentera dan sukarelawan bersedia membantu mangsa bencana tanpa mengira kepentingan sendiri.
Ban Ki-moon tiba di kawasan bencana Sichuan dengan kapal terbang dan meninjau ke Yingxiu, salah satu pekan yang paling teruk dilanda gempa. Beliau juga bertafakur di pekan itu untuk memperingati mangsa korban dalam gempa kali ini.
|