v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Tokoh Politik Beberapa Negara Sampaikan Ucapan Takziah atas Korban Nyawa dalam Gempa Bumi Sichuan
2008-05-24 14:41:40 Agensi Berita Xinhua China

Tokoh-tokoh politik beberapa negara terus mengunjungi Kedutaan Besar China atau memanggil Duta Besar China untuk menyampaikan ucapan takziah atas korban nyawa dalam gempa bumi Sichuan.

Presiden Israel, Shimon Peres semalam bertemua dengan Duta Besar China ke Israel, Zhao Jun di Kediaman Rasmi Presiden untuk menyampaikan ucapan takziah atas korban nyawa dalam gempa bumi Sichuan sertamelahirkan rasa simpati kepada pihak China.

Perdana Menteri Republik Korea, Han Seung-soo semalam mengunjungi Kedutaan Besar China untuk menandatangani buku takziah untuk memperingati korban nyawa dalam gempa bumi Sichuan. Beliau menyatakan keyakinan bahawa kerajaan dan rakyat China pasti dapat mengatasi bencana dan membina semula kampung halaman yang dimusnah.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Singapura, Wong Kan Seng dan Menteri Luar Singapura, George Yeo baru-baru ini juga mengunjungi Kedutaan Besar China ke Singapura untuk menyampaikan takziah dan rasa simpati kepada ahli keluarga mangsa korban gempa bumi Sichuan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |