Setakat pukul 12.00 tengah hari tadi, mangsa korban gempa bumi Sichuan telah meningkat kepada 60.560 orang dan tiada kemalangan pekerjaan ekoran gempa bumi berlaku di kawasan bencana.
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Keselamatan Pekerjaan Negara China, Wang Dexue hari ini di Beijing berkata, pihaknya telah mengarah lombong-lombong, kilang bahan kimia yang berbahaya di kawasan bencana ditutup dan memindahkan pekerja ketempat yang selamat.
Pihaknya juga telah meningkatkan pengawasan terhadap kawasan terbabit untuk mengesan dan mengawal punca pencemaran dan segera menangani pelbagai risiko yang mungkin akan mengakibatkan kemalangan baru.
|