Kementerian Kesihatan China semalam menambah 97 orang anggota pasukan pencegahan wabak ke kawasan bencana Sichuan. Setakat ini, tiada laporan tentang wabak penyakit berjangkit atau peristiwa kesihatan kecemasan di kawasan bencana.
Pegawai berkenaan kementerian tersebut menyatakan anggota perubatan dan ahli profesional sedang berusaha melaksanakan kerja merawat orang cedera dan mencegah wabak.
Setakat pukul 12 tengah hari semalam, provinsi Sichuan telah menugaskan seramai 50,667 orang ahli perubatan tempatan untuk bertugas di kawasan bencana. Kementerian Kesihatan pula menghantar 8,589 orang anggota ahli profesional ke kawasan tersebut untuk merawat mangsa cedera, mencegah wabak dan memantau kejadian kesihatan. Manakala, pihak tentera dan badan berkenaan lain telah menghantar seramai 27,261 orang anggota pasukan perubatan dan pencegahan wabak ke kawasan bencana.
|