v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Beberapa Negara dan Pertubuhan Luar Negara Terus Memberi Bantuan Ke Kawasan Bencana China
2008-05-24 17:18:25 CRI

Kerajaan Pakistan, Senegal, Portugal, Sepanyol dan Montenegro serta sebuah pertubuhan penyelamat kalangan rakyat di A.S. terus menyumbangkan barang bantuan kepada kawasan bencana Sichuan.

Kerajaan Pakistan semalam sekali lagi menyumbang 2,239 buah khemah kepada China. Ini merupakan kali yang keempat Pakistan menghantar barang bantuan ke kawasan bencana gempa bumi Sichuan.

Kerajaan Portugal semalam menyediakan barang bantuan yang bernilai 100 ribu Euro kepada China. Antaranya termasuk khemah, tilam kalis air, selimut, peralatan masak-memasak dan pembersihan serta makanan.

Selain itu, 82 buah khemah yang disediakan oleh kerajaan Sepanyol telah diangkut oleh pesawat penerbangan China ke kawasan bencana Sichuan.

Pertubuhan Penyelamat Samaritan, sebuah pertubuhan A.S. semalam telah menghantar barang bantuan bernilai lebih satu juta dolar A.S. ke kawasan bencana Sichuan dengan menyewa sebuah pesawat terbang. Ini merupakan pertubuhan rakyat pertama di A.S. menyewa kapal terbang untuk menghantar barang bantuan kepada kawasan bencana selepas gempa bumi berlaku di Sichuan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |