v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Hu Jintao: Penempatan Mangsa-mangsa Gempa Bumi Menjadi Tugas Utama
2008-05-25 18:49:06 Agensi Berita Xinhua China

Presiden Hu Jintao hari ini menyatakan, penempatan mangsa-mangsa gempa bumi telah menjadi tugas utama dalam usaha bantuan bencana. Beliau berharap kilang yang bertanggungjawab menyediakan rumahan sementera mempercepat pengeluaran agar dapat memenuhi keperluan mangsa bencana.

Terdapat lebih 14 juta orang mangsa hilang tempat tinggal dalam gempa bumi Sichuan. Di samping menyediakan sejumlah besar khemah untuk kawasan bencana, kerajaan juga memperuntukkan dana khas untuk membina sejuta buah rumah sementara untuk menempatkan mangsa bencana.

Setakat pukul 12.00 tengah hari tadi, korban nyawa dalam gempa bumi Sichuan telah meningkat kepada 62,664 orang, 360 ribu orang cedera, manakala, 23775 orang masih hilang.

Setakat pukul 12.00 malam tadi, lebih 638,000 orang telah diselamatkan dan dipindahkan ke tempat yang selamat. Antaranya 6537 orang diselamatkan daripada runtuhan bangunan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |