Kini, sistem maklumat dan ramalan awal makanan dan pertanian sejagat Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAO) berpendapat bahawa bencana gempa bumi di Sichuan memberi pengaruh terhad terhadap keselamatan makanan dan pengeluaran pertanian China.
Laporan penilaian memetik data-data statistik Kementerian Pertanian China bahawa sebanyak 33 ribu hektar ladang pertanian terjejas dan sebanyak lebih 12.5 juta ekor binatang ternakan terbunuh dalam bencana gempa bumi kali ini. Kebanyakan kemudahan infrastruktur pertanian di kawasan bencana telah dimusnahkan. Oleh sebab jumlah pengeluaran pertanian di kawasan bencana agak kecil berbanding dengan jumlah hasil pertanian seluruh negara, maka pengaruhnya kepada hasil pertanian China tahun ini amat terhad.
Menurut laporan penilaian tersebut, kehidupan penduduk di kawasan bencana kebanyakannya bergantung kepada hasil pertanian, maka mereka sangat memerlukan bantuan makanan. Di samping itu, pihak berkenaan juga perlu menyediakan peralatan penanaman kepada penduduk tempatan, membantu mereka memperbaiki kemudahan infrastruktur supaya pengeluaran pertanian dapat dipulihkan dengan seawal mungkin.
|