v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Masyarakat Antarabangsa terus Memberi Bantuan kepada Myanmar

2008-05-26 14:53:59 CRI

Persidangan ASEAN-PBB tentang bantuan kepada Myanmar yang mengalami taufan tropika diadakan di Yangon, Myanmar semalam. Masyarakat antarabangsa telah berjanji demi memberikan bantuan lagi kepada Myanmar untuk membantu negara itu menjalankan kerja menyelamat dan pembinaan semula.

Seramai 500 orang wakil dari 52 buah negara telah menghadiri persidangan tersebut. Para wakil bertafakur seminit untuk mangsa-mangsa yang terkorban dalam bencana taufan itu. Berdasarkan statistik terkini yang diumumkan oleh kerajaan Myanmar, bencana taufan "Nargis" mengakibatkan 130 ribu orang maut atau hillang dan kerugian sebanyak 11 bilion dolar Amerika.

Sejak 22 Mei, Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon telah mengunjungi negara itu dua kali. Beliau menyeru masyarakat antarabangsa supaya terus memberikan bantuan kepada Myanmar. Beliau berkata bahawa taufan tropika yang melanda Ayeyawaddy, Myanmar telah menjejaskan tonggak ekonomi negara itu dan sukar bagi Myanmar untuk menangani bencana yang begitu serius secara sendiri. Katanya, bantuan masyarakat antarabangsa kepada negara itu mungkin akan diperlukan sekurang-kurang setengah tahun. Dalam tempoh itu, sumbangan akan diberikan untuk membantu mangsa-mangsa supaya mereka hidup secara normal kembali dan membina semula kampung halaman mereka.

Pada persidangan itu, Menteri Luar China, Yang Jiechi bahawa, walaupun China sedang berusaha bertungkus lumus menangani bencana gempa bumi di negaranya, tetapi kerajaan China telah memutuskan untuk memberikan bantuan sebanyak 10 juta dolar Amerika lagi kepada Myanmar selain daripada sejuta Dolar Amerika pada peringkat awal dahalu.

Katanya, China menyokong peranan yang dimainkan oleh ASEAN dan PBB dalam membantu Myanmar menjalankan kerja menyelamat dan pembinaan semula. Beliau menegaskan, usaha tersebut adalah bantuan kemanusiaan dan tidak patut dikaitkan dengan politik.

Dalam persidangan tersebut, negara-negara yang berkaitan masing-masing telah membuat komitmen yang baru. Selain daripada 72.5 juta dolar Amerika yang telah diberikan kepada Myanmar tempoh hari , Kesatuan Eropah (EU) akan memberikan 26.8 juta dolar Amerika lagi: Australia akan memberikan 24 juta dolar Amerika lagi, Jumlah wang yang disumbangkan oleh Filipina telah meningkat kepada 20 juta dolar Amerika, dan jumlah sumbang oleh Republik Korea pula mencecah 2.5 juta dolar Amerika.

Wakil A.S yang juga Naib Penolong Setiausaha Negara, Scott Marciel berkata dalam sidang itu bahawa A.S. telah memutuskan untuk meningkatkan jumlah dermanya kepada negara itu, selain daripada 20.5 juta dolar Amerika yang telah diberikan pada peringkat awal. Namun, Myanmar mesti memenuhi prasyarat yang membenarkan pakar bencana antarabangsa meninjau kawasan bencana supaya kerja menyelamat dapat dijalankan dengan lebih baik. Diplomat Australia, Denmark, Belanda, Sweden dan Jerman, masing-masing menyatakan bahawa Myanmar patut membenarkan pasukan penyelamat antarabangsa memasuki negara itu.

Perdana Menteri Myanmar, Thein Sein berkata, Myanmar mengalu-alukan bantuan tanpa syarat. Beliau berkata, sekarang ini, terdapat barang bantuan kemanusiaan dari negara asing seberat 3200 tan yang dihantar ke negara itu. Beliau juga menunjukkan senarai barang-barang yang amat diperlukan oleh negara itu, termasuk tempat kediaman sementara, bijirin, baja kimia dan bot nelayan.

Pada akhir persidangan itu, PBB dan ASEAN membuat rumusan untuk menyokong keputusan yang diumumkan oleh Persidangan Khas Menteri Luar ASEAN pada 19 Mei lalu, iaitu menubuhkan mekanisme penyelarasan yang dipimpin oleh ASEAN.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |