Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan sidang hari ini untuk mengatur kerja bagi menyelamat dan membantu mangsa bencana serta pembangunan semula pascabencana. Sidang tersebut dipengerusikan oleh Setiausaha Agung parti, Hu Jintao.
Sidang itu menegaskan bahawa kerja menyelamat dan membantu mangsa bencana masih menghadapi cabaran yang serius. Badan-badan kerajaan perlu menempatkan mangsa terselamat, memulihkan pengeluaran dan mengadakan pembangunan semula pascabencana di samping terus mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap.
Kerajaan beberapa kawasan perlu berusaha mengembangkan sosioekonomi di samping menjalankan kerja menyelamat dan membantu mangsa bencana.
|