23 buah negara dan Hong Kong China menyumbang barangan lebih 1621.9 tan untuk provinsi Sichuan setakat 24 Mei. Antaranya kerajaan Filipina menyumbang khemah, manakala kerajaan Indonesia menyumbang ubat-ubatan, barang makanan dan khemah. Pengarah Jabatan Penerangan kerajaan provinsi Sichuan Hou Xiongfei berkata demikian dalam sidang akhbar petang semalam.
Beliau berkata, Rusia, Jepun, Republik Korea, Singapura, Taiwan dan Hong Kong China menghantar 7 kumpulan menyelamat profesional ke Sichuan bagi membantu kerja-kerja menyelamat. Seramai 272 doktor, jururawat dan anggota kesihatan daripada 10 kumpulan Rusia, Jepun, Britain, Taiwan, Hong Kong dan Makau sekarang bertugas membantu merawat magnsa di provinsi Sichuan.
|