Kementerian Kesihatan China memaklumkan hari ini, petugas kesihatan dari pelbagai tempat di China dan provinsi Sichuan sedang berkhidmat di setiap mukim dan pekan yang terjejas bencana gempa bumi tersebut setakat malam semalam.
Seramai lebih 3600 orang petugas kesihatan dikerah untuk kerja-kerja menyelamat oleh Kementerian Kesihatan China setakat pukul 8:00 hari ini. Mereka melaksanakan kerja rawatan kesihatan dan perubatan di kawasan bencana. Kira-kira 600 buah kenderaan kuarantin yang dihantar oleh pelbagai tempat China beroperasi di kawasan bencana Sichuan. Sehingga ini,tiada laporan tentang wabak penyakit yang besar dan peristiwa kesihatan awam secara mendadak berlaku di kawasan bencana tersebut.
|