v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Mereka Orang yang Unggul

2008-05-27 16:10:36 CRI

"Rakyat China sungguh unggul. Mereka amat tabah dan berani, bersatu padu untuk menyelamatkan diri dan membantu orang lain. Saya teruja melihat begitu ramai askar dan sukarelawan. Mereka sanggup mengorbankan diri untuk menolong orang lain. Sungguh unggul! "

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon pada 24 Mei yang lalu, ketika beliau meninjau Pekan Yingxiu, Kaunti Wenchuan, Provinsi Sichuan yang dilanda gempa bumi yang teruk itu. Beliau menyanjung tinggi tindakan rakyat China yang berani untuk menangani bencana alam yang serius itu.

Yang saudara dengar tadi ialah askar China yang menyelamat mangsa-mangsa yang tertimbus dalam runtuhan bangunan.yang runtuh. Selepas gempa bumi berlaku di Wenchuan, tentera China telah menghantar 100 ribu orang askar , polis dan pasukan simpanan tentera untuk menjalankan kerja menyelamat di kawasan yang dilanda bencana itu. Mereka mencari mangsa dan menyelamatkan mereka di mana-mana jua tempat yang memerlukan mereka, tanpa mengira keselamatan diri mereka sendiri. Tindakan mereka amat merangsangkan.

"Saya bertanggungjawab terhadap kerja menyelamat dalam angkatan tentera pada masa dahulu dan saya berpengalaman. Sekarang, bantuan profesional pun ada, jadi saya yakin kami boleh menyelamatkan lebih ramai orang."

Demikian dinyatakan oleh seorang saudagar dari Provinsi Guangdong, Chen Yan. Beliau menyertai kerja menyelamat sebagai sukarelawan. Selepas gempa bumi yang dahsyat berlaku, beliau dan isterinya membawa barang-barang bantuan ke kawasan Mianzhu, Sichuan untuk menyertai kerja menyelamat. Terdapat ramai sukarelawan seperti Chen Yan. Mereka mencari mangsa, menyelamatkan mereka dari bangunan yang runtuh, memberi makanan dan minuman kepada mereka.

Yang saudara pendengar dengar tadi ialah bunyi kereta ambulans yang sedang berkejar ke kawasan bencana untuk menyelamat penduduk yang cedera. Selepas gempa bumi itu berlaku, jururawat dan penyelamat dari seluruh China, termasuk dari Hong Kong, Makau dan Taiwan tiba di kawasan bencana dengan serta merta. Mereka merawat penduduk yang cedera, membaiki jalan dan menghantar barang-barang bantuan. Selain itu, orang Cina dan perantau China di seberang laut juga giat menderma wang dan barang-barang bantuan kepada penduduk yang dilanda bencana. Mereka sungguh unggul.

Disebabkan rakyat China bersatu padu dan berusaha membantu bersama-sama, hidup penduduk di kawasan bencana dapat terjamin. Anggota pasukan penyelamat Rusia berkata:

"Saya berasa simpati kepada rakyat China yang dilanda bencana ini dan berharap usaha kami dapat membantu mereka."

Semasa menghadapi bencana alam yang serius ini, masyarakat antarabangsa juga memberikan banyak bantuan. Selain daripada menderma wang dan barang-barang bantuan, Rusia, Jepun, Republik Korea dan Singapura juga menghantar pasukan penyelamat ke China; Jerman, Perancis, Itali, Cuba, Rusia dan Jepun pula menghantar pasukan perubatan. Mereka mewakili rakyat seluruh dunia dalam memberikan sokongan dan bantuan kepada China untuk menangani bencana itu. Mereka juga unggul.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |