v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Bencana Gempa Tidak akan Pengaruhi Operasi Ekonomi China pada Keseluruhannya

2008-05-28 14:39:42 CRI

Gempa bumi kuat yang berlaku di wilayah Sichuan China telah menyebabkan kehilangan nyawa yang banyak dan kerugian ekonomi yang amat besar di tempat-tempat yang dilanda bencana. Namun, menurut pakar, bencana itu hanya akan memberikan kesan negatif kepada sebahagian wilayah sahaja dalam jangka masa pendek. Oleh itu, ia tidak akan mempengaruhi operasi ekonomi pada keseluruhannya.

Gempa bumi yang berlaku pada 12 Mei lalu merupakan bencana yang melanda kawasan yang paling luas di China sejak Republik Rakyat China ditubuhkan pada tahun 1949. Beberapa provinsi dan bandar di bahagian barat China seperti, Shaanxi, Gansu, Chongqing, Yunnan dan Guizhou juga turut dilanda bencana tersebut. Sehingga kini, bencana itu telah menyebabkan lebih 60 ribu orang terkorban dan kerugian ekonomi secara langsung 67 bilion Yuan RMB. Sementara itu, bencana gempa ini juga menyebabkan puluhan ribu hektar kawasan pertanian musnah.

Ahli penyelidik dari Institusi Kewangan Akademi Sains Sosial China, Yi Xianrong berkata, kawasan yang dilanda bencana gempa ialah bahagian barat China yang taraf ekonominya kurang maju dan kebanyakannya ialah kawasan pergunungan yang penduduknya tidak begitu ramai. Oleh itu, bencana itu tidak memberikan kesan besar kepada operasi ekonomi China pada keseluruhannya. Kata beliau: "Walaupun ekonomi di kawasan yang dilanda bencana terjejas teruk, namun dilihat secara menyeluruh, kesannya tidaklah begitu besar kepada ekonomi negara. Jumlah kerugian ekonomi yang disebabkannya hanya merupakan sebahagian kecil sahaja daripada KDNK seluruh China.

Ketika menyebut gejala inflasi yang mungkin timbul disebabkan oleh gempa bumi, Yi Xianrong menyatakan bahawa kesan bencana kepada usaha kerajaan dalam mencegah inflasi hanya dirasai di sebahagian kawasan sahaja dan ia tidak akan berlangsung lama. Kata beliau: "Kesan bencana gempa terhadap harga barangan mungkin agak besar menurut jangkaan orang awam, tetapi sebenarnya bukan begitu. Pada pendapat saya, bencana ini tidak akan banyak mempengaruhi CPI, iaitu Indeks Harga Pengguna."

Selain itu, kawasan yang dilanda bencana gempa ini juga ialah kawasan pergunungan, yang terletak di bahagian utara Sichuan, dan bukan kawasan pertanian utama di wilayah berkenaan. Oleh itu, bencana itu tidak akan memberikan kesan besar kepada bekalan dan harga bahan makanan. Tambahan pula, jumlah rizab bahan makanan dan minyak China amat mencukupi.

Naib Menteri Pertanian China, Wei Chao'an berkata: "Walapun industri pertanian di kawasan yang dilanda bencana terjejas teruk, namun tuaian hasil pertanian di seluruh negara dijangka baik pada tahun ini, terutama beberapa jenis produk pertanian yang utama. Maka, saya yakin bahawa harga produk pertanian akan kekal stabil."

Sekarang, kerajaan China telah memperuntukkan 70 bilion Yuan RMB bagi usaha pembangunan semula pascagempa dan menubuhkan tabung khas bagi tujuan tersebut. Menurut, Yi Xianrong bahawa infrastruktur lalu lintas dan pelbagai kemudahan awam di bandar terbabit dapat dipulihkan dalam masa yang singkat dengan peruntukan yang begitu besar daripada kerajaan. Perkara itu mungkin akan menjadi satu faktor yang menjana pertumbuhan KDNK China. Kata beliau: "Peruntukan yang besar dalam proses pembangunan pascagempa itu akan menerajui pertumbuhan ekonomi dan perkembangan industri di tempat-tempat berkenaan. Menurut jangkaan, usaha pembangunan pascagempa itu akan menyumbang 2% hingga 3% kepada pertumbhan KDNK China."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |