Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Wu Bangguo pagi tadi tiba di pekan Yingxiu di kawasan bencana Sichuan untuk menyampaikan simpati kepada rakyat tempatan, di samping mengunjungi kumpulan penyelamat dan membimbing usaha pembangunan semula kawasan yang musnah oleh bencana.
Selepas tiba di Chengdu, ibu kota provinsi Sichuan semalam, Wu Bangguo segera ke Hospital Daerah Tentera Chengdu. Beliau menziarahi para pesakit dan menyampaikan simpati kepada empat orang mangsa terselamat yang tertimbus selama lebih 100 jam dalam bencana gempa bumi itu.
|