Kerajaan China mengambil tindakan positif untuk mengadakan kerja-kerja pencegahan wabak penyakit sesudah berlakunya bencana gempa bumi yang teruk di Wenchuan Sichuan. Sehingga kini, belum ada laporan tentang wabak penyakit yang besar dan peristiwa kesihatan awam secara mendadak yang berlaku di kawasan bencana tersebut.
Sesudah berlakunya bencana gempa bumi, sistem laporan wabak menerusi telefon bimbit telah dikaji dan dilaksanakan oleh Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit China menurut arahan Kementerian Kesihatan China. Pekerja pencegahan wabak penyakit dari pelbagai tempat China telah menyembur disinfektan secara luas di kawasan bencana ini, membunuh tikus, nyamuk dan lalat. Mereka juga mengebumikan mayat mangsa terkorban , menempatkan mangsa dalam tempoh 15 hari sesudah berlakunya gempa bumi. Lebih 13 ribu orang dari seluruh negara bertugas di kawasan bencana gempa bumi Wenchuan pada masa sekarang untuk melaksanakan pencegahan penyakit di kawasan itu.
|