Kumpulan bantuan prikemanusiaan Indonesia yang terdiri daripada 20 orang doktor dan jururawat hari ini bertolak dari Jakarta ke China untuk menyediakan bantuan ke kawasan bencana gempa bumi provinsi Gansu China.
Kumpulan perubatan ini diarahkan oleh Pusat Pengurusan Bencana Kementerian Kesihatan Indonesia. 20 orang doktor dan jururawat itu dari pelbagai hospital yang besar di seluruh Indonesia dan mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja menyelamat. Mereka akan menyediakan bantuan prikemanusiaan di kawasan bencana gempa bumi provinsi Gansu selama dua minggu berdasarkan jadual oleh kerajaan China.
|