v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Usaha Menjamin Kesihatan dan Mencegah Wabak Dijalankan Rapi di Kawasan Bencana Sichuan

2008-05-28 15:07:44 CRI

Sejak gempa bumi melanda provinsi Sichuan, China pada dua minggu yang lalu, kerja pencegahan wabak sentiasa menjadi satu kerja penting yang dijalankan secara menyeluruh di kawasan bencana. Jurucakap Kementerian Kesihatan China, Sun Jiahai berkata di Beijing semalam bahawa, semua tempat kediaman sementara penduduk tempatan di kawasan bencana telah dilengkapi sistem perubatan dan kesihatan dan penyeliaan sedang dijalankan terhadap kawasan tersebut untuk mengelakkan berlakunya wabak. Sekarang, tidak ada wabak berjangkit atau kes kesihatan awam kecemasan yang ditemui di kawasan bencana.

Gempa bumi di Sichuan mengakibatkan keadaan kesihatan di kawasan bencana amat teruk. Selain daripada menjalankan kerja merawat dan menyelamatkan mangsa-mangsa di sana, Kementerian Kesihatan juga giat menjalankan kerja pencegahan wabak.

Jurucakap Kementerian Kesihatan China, Sun Jiahai berkata:

"Setakat semalam, Kementerian Kesihatan China telah menghantar seramai 4939 orang staf ke kawasan bencana untuk menjalankan kerja pencegahan wabak. Kementerian juga menubuhkan mekanisme penyelarasan dengan pihak tentera dan pelbagai jabatan seperti Kementerian Pertanian, Kementerian Hal Ehwal Awam berkait dengan kerja menjaga kesihatan dan penyelarasannya supaya kerja itu dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Sekarang, kerja itu telah meliputi setiap pelosok kawasan bencana."

Pada masa ini, kerja pensterilan dijalankan di kawasan bencana setiap hari. Setakat ini, lebih 18 ribu mayat mangsa dan 20 juta bangkai binatang telah diuruskan oleh jabatan yang berkenaan dengan baik. Pakar berkenaan telah menyelia dan memeriksa makanan dan air minuman yang dibekalkan kepada penduduk di kawasan bencana. Setakat semalam, tidak ada wabak berjangkit atau kes kesihatan awam yang cemas ditemui di kawasan itu.

Sun Jiahai menjelaskan bahawa gempa bumi yang melanda Sichuan telah berlaku pada musim panas, iaitu tempoh yang penyakit berjangkit mudah merebak. Ini menyusahkan hidup penduduk seharian dan mengakibatkan keadaan kesihatan menjadi teruk sekali. Dengan yang demikian, kerja menjaga kesihatan dan mencegah wabak menghadapi cabaran yang besar. Sun Jiahai, Kementerian Kesihatan China sedang mengambil langkah bersiri untuk menggalakkan kerja menjaga kesihatan dan mencegah wabak di kawasan bencana. Beliau berkata:

"Kami akan meningkatkan kerja dan menghantar pakar yang berpengalaman ke kawasan bencana untuk mencegah wabak daripada merebak di kawasan itu. Selain itu, kementerian kami akan bekerjasama dengan jabatan yang berkaitan untuk menguruskan dan mensteril mayat mangsa dan bangkai binatang, dan mengawal punca yang mungkin mengakibatkan wabak. Selain itu, kerja memberikan ubat pelali atau imunisasi kepada golongan penduduk yang mudah dijangkit penyakit. "

Beliau menambah bahawa kerja menjaga kesihatan dan mencegah wabak akan terus dijalankan menurut situasi semasa. Sekiranya kerja tersebut masih diperlukan di kawasan bencana, maka Kementerian Kesihatan China akan berusaha untuk melaksanakannya bersungguh-sungguh.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |