Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Wu Bangguo meneruskan tinjauannya di kawasan bencana Sichuan hari ini.
Wu Bangguo tiba di kawasan bencana Sichuan untuk menyampaikan simpati kepada rakyat tempatan, di samping mengunjungi kumpulan penyelamat dan membimbing usaha pembangunan semula kawasan yang musnah oleh bencana pada 26 Mei lalu. Beliau telah mengadakan tinjauan ke pekan Yingxiu yang dilanda bencana paling teruk dan takungan Zipingpu pada sebelah pagi serta menziarahi mangsa terselamat di pusat penempatan bandar Dujiangyan petang semalam.
|