v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kerja Pembinaan Infrasturktur Dijalankan dengan Rapi di Kawasan Bencana Sichuan

2008-05-29 14:48:12 CRI

Naib Ketua Pengarah Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara, Mu Hong menyatakan di Beijing semalam bahawa kerja pembinaan infrasturktur di kawasan bencana gempa bumi Sichuan telah mencapai kemajuan yang besar. Barang-barang bantuan dapat dihantar ke kawasan berkaitan secara berterusan. Kerajaan China merancang untuk menyelesaikan kerja utama dalam pembinaan semula di kawasan bencara dalam tempoh tiga tahun.

Sejak gempa bumi berlaku di Wenchuan, Provinsi Sichuan pada 12 Mei yang lalu, kumpulan kerja pembinaan semula yang terdiri daripada lebih 20 jabatan kerajaan termasuk Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara telah ditubuhkan bagi menjalankan kerja menyelamat dan membina semula di kawasan bencana Sichuan. Sekarang, kerja tersebut telah mencapai kemajuan yang besar. Naib Ketua Pengarah Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China, Mu Hong berkata:

"Selepas gempa bumi itu berlaku, kumpulan kerja yang berkaitan mengambil langkah dengan segera untuk membina dan membaiki infrasturktur termasuk jalan, kemudahan sumber tenaga dan komunikasi supaya semua kemudahan dapat dipulihkan dengan secepat mungkin. Bermula pada 18 Mei lalu, kemudahan komunikasi antara kawasan bencana Sichuan dengan luar telah dipulihkan. Bermula pada 21 Mei pula, bekalan elektrik telah dipulihkan di kebanyakan kaunti yang dilanda bencana. Baru-baru ini, keselamatan air kegunaan seharian dan air minuman juga dapat dijamin di kebanyakan kawasan bencana."

Mu Hong berkata bahawa sebanyak 16 batang lebuh raya, 9 buah landasan kereta api, 21 buah lapangan terbang telah rosak dalam gempa bumi tersebut. Namun, sekarang kemudahan pengangkutan dan lalu lintas ini telah pulih. Di semua kawasan yang dilanda bencana, terdapat sekurang-kurangnya sebatang jalan yang boleh menjadi penghubung dengan kawasan luar.

Seiring dengan jalan lalu lintas yang dipulihkan berturut-turut, kumpulan kerja dan barang bantuan dapat dihantar ke kawasan yang berkaitan secara berturut-turut. Mu Hong berkata, kerajaan menghantar bahan makanan kumpulan pertama seberat 380 ribu tan ke kawasan bencana. Beliau berkata:

"Kerajaan pusat telah menghantar sebahagian bahan makanan daripada rizab negara ke kawasan bencana. Sekarang, pembekalan bahan makanan adalah mencukupi dan harganya adalah stabil."

Beliau menambah bahawa gempa bumi ini telah menjejaskan infrastuktur di provinsi Sichuan dengan teruk. Kerja pemulihan pengeluaran dan kerja pembinaan semula sedang menghadapi cabaran yang besar di kawasan tersebut. Pihak yang berkenaan sedang mengambil pelbagai langkah bagi menjamin bekalan elektrik, kemudahan komunikasi dan lalu lintas di kawasan bencana dapat beroperasi dengan baik. Beliau berkata:

"Kerja pembinaan semula sedang menghadapi cabaran yang besar di kawasan bencana. Ini disebabkan gempa susulan berlaku berterusan dan mengakibatkan lebih banyak kemudahan terjejas. "

Difahamkan bahawa kerajaan pusat telah memperuntukkan sebanyak 70 bilion yuan RMB untuk kerja pembinaan semula tersebut. Selain itu, mekanisme bantuan dibentuk, iaitu satu provinsi bertanggungjawab untuk membantu satu kaunti bencana, beberapa provinsi bertanggungjawab terhadap satu bandar bencana. Tenaga seluruh negara dikumpul untuk bersama-sama menjalankan kerja pembinaan semula di kawasan bencana.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |