Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Wu Bangguo semalam telah mengadakan tinjauan di pekan Hanwang bandar Jinzhu dan pekan Pingtung kaunti Pingwu yang dilanda bencana gempa bumi yang paling teruk di Wenchuan Sichuan. Beliau menyampaikan rasa simpati kepada pekerja perusahaan dan guru serta pelajar, pegawai kerajaan dan penduduk tempatan serta anggota penyelamat dari pelbagai tempat di kawasan bencana gempa bumi itu.
Wu Bangguo bertemu dengan guru dan pelajar sekolah menengah Beichuan yang terletak di Pusat Latihan Changhong bandar Jinyang. Wu Bangguo berkata bahawa para pelajar sokolah menengah Beichuan adalah yang terbaik dan yang berani semasa berlakunya gempa bumi tersebut. Beliau menyatakan bahawa sebuah sekolah menengah Beichuan yang lebih moden akan dibina tidak lama untuk meberikan kemudahan yang lebih baik bagi para pelajar.
|