Menurut Harian "Renminribao" China, anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Setiausaha Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, He Guoqiang semalam di Beijing berkata bahawa pihaknya akan benar-benar meningkatkan penyeliaan dan kawalan terhadap derma dan sumbangan yang diterima supaya derma dan sumbangan tersebut benar-benar dapat disampaikan dan digunakan oleh mangsa di kawasan bencana gempa bumi.
He Guoqiang dalam sidang kawalan derma dan sumbangan untuk menyelamat mangsa gempa bumi di Beijing semalam menyatakan bahawa kumpulan penyelia dan pemeriksa derma dan sumbangan akan ditubuhkan untuk meningkatkan bimbingan terhadap usaha tersebut. Sistem dan peraturan akan disempurnakan dan peranan sepenuhnya akan dimainkan oleh pelbagai pihak supaya penyeliaan dan kawalan secara menyeluruh terhadap derma dan sumbangan untuk menyelamat gempa bumi dapat dilaksanakan .
|