Kerja-kerja menyelamat mangsa bencana gempa bumi Wenchuan hendaklah berasaskan kepada kepentingan rakyat.
Demikian ditegaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Wu Bangguo ketika mengadakan tinjauan di zon bencana Sichuan. Beliau berada di provinsi itu kerana menziarah penduduk mangsa gempa dan kumpulan penyelamat dari 26 hingga 28 Mei lalu. Beliau berkata, jabatan berkenaan perlu menubuhkan sistem pencegahan penularan wabak yang menyeluruh di zon bencana dan menyempurnakan sistem laporan penyeliaan wabak dan mengawal pelbagai bencana akibat gempa bumi.
|