Berdasarkan kekuatan seluruh negara, China sedang berusaha membina rumah kediaman sementara untuk kira-kira 5 juta orang yang kehilangan tempat berteduh dalam bencana gempa bumi.
Pakar-pakar meramalkan bahawa sebelum kerja pembangunan semula pasca bencana diselesaikan, mangsa bencana mungkin akan tinggal di rumah tersebut selama tiga hingga lima tahun.
Menurut program pembinaan yang ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Pembangunan Bandar Desa China, 1 juta unit rumah kediaman sementara kumpulan pertama akan selesai dibina dalam tempoh 3 bulan akan datang.
Sehingga semalam, rumah kediaman sementara yang dipasang di zon bencana Sichuan ialah 9,700 unit.
|