v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Tingkatkan Penyeliaan terhadap Penggunaan Bantuan untuk Kawasan Bencana

2008-05-30 17:14:17 CRI

Kawasan yang mengalami bencana gempa bumi di Sichuan telah mendapat bantuan dalam bentuk wang dan benda yang berjumlah besar daripada kerajaan, orang awam dan masyarakat antarabangsa. Sekarang kerajaan Sichuan telah mengambil langkah yang berkesan bagi memastikan penagihan dan penggunaan bantuan tersebut dijalankan dengan betul, rasional, telus dan adil.

Berdasarkan statistik, sehingga semalam, kerajaan Sichuan telah memperoleh dana khas yang melebihi 6 bilion Yuan RMB dan sejumlah besar barang bantuan bagi usaha menangani bencana ini. Naib Ketua Setiausaha Suruhanjaya Disiplin dan Pemeriksaan Jawatankuasa Sichuan Parti Komunis China, Encik Ren Junnian menyatakan bahawa mereka menjalankan penyeliaan yang menyeluruh terhadap kegiatan menerima dan mengagih wang dan barang-barang bantuan, terutamanya bagi badan-badan yang mengendalikan kerja tersebut dan kawasan bencana yang diberikan bantuan dengan banyak. Kata beliau: "Kami telah menghantar 17 kumpulan penyelia untuk bertugas menjalankan penyeliaan terhadap proses penerimaan dan pengagihan bantuan yang dilaksanakan oleh 11 buah badan peringkat provinsi dan usaha pemberian untuk 6 kawasan yang mengalami bencana dengan teruk."

Di samping itu, badan penyeliaan berkenaan juga memberikan perhatian kepada laporan yang dikemukakan oleh orang awam terhadap usaha pengagihan bantuan itu. Encik Ren Junnian berkata bahawa kerajaan Sichuan telah mengambil tindakan yang pantas terhadap kegiatan melanggar undang-undang dalam usaha menangani bencana tersebut dan melaporkan keputusan kepada masyarakat awam dengan secepat mungkin. Kata beliau: "Sekiranya pegawai kerajaan dan pegawai Parti Komunis China didapati menyalahgunakan kuasa mereka seperti memberikan khemah kepada anggota keluarga atau kawan sendiri, mereka pasti akan dikenakan tindakan yang berat."

Wartawan yang membuat liputan di kawasan yang dilanda bencana mendapati bahawa pengagihan dan pemberian bantuan dalam bentuk wang dan benda dijalankan dengan teratur. Semua penduduk di kawasan bencana menerima bantuan tersebut. Terdapat beberapa orang petugas khas yang dipertanggungjawabkan untuk menyelia pemberian bantuan yang dilakukan oleh pegawai dari jabatan kerajaan tempatan dan membuat laporan yang terperinci tentangnya. Di samping itu, anggota polis juga bertugas di tempat penyimpanan wang dan barangan bantuan untuk menjaga keselamatannya.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |