Jabatan Penerangan Dewan Negara China hari ini memaklumkan bahawa angka kematian meningkat kepada 68 ribu 858 orang dan lebih 366 ribu orang cedera dalam bencana gempa di Wenchuan Sichuan setakat pukul 12:00 tengah hari ini.
Sejumlah lebih 22.4 bilion yuan RMB diperuntukkan oleh kerajaan pelbagai peringkat di China untuk usaha menyelamat dan membantu mangsa bencana setakat pukul-12:00 hari ini. Derma dan sumbangan yang diterima dari dalam dan luar negara mencatat 39.9 bilion yuan RMB.
|