Ketua wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO) di China Hans Anders Troedsson amat kagum dengan kesungguhan usaha menyelamat, pencegahan dan rawatan penyakit oleh kerajaan China di kawasan bencana gempa bumi di Wenchuan, beliau berkata demikian semasa diwawancara oleh pemberita di Beijing semalam. Menurutnya, tindakan yang diambil oleh kerajaan China adalah tepat pada waktunya, menyeluruh dan amat berkesan.
Beliau menyatakan bahawa kerja-kerja rawatan dan pencegahan penyakit yang diambil oleh kerajaan China di kawasan bencana adalah munasabah. Bagaimanapun masih terdapa banyak cabaran yang baru selepas itu. WHO telah menyediakan bantuan teknologi untuk China bagi menjamin wabak penyakit dikesan dan dirawat tepat pada waktunya.
|